#Hiburan: “Rasa Suram Dan Letih..” – Ella Akui Pernah Alami Masalah Kemurungan

Sedia maklum, masalah kesihatan mental di negara Malaysia kian hari semakin meningkat, tidak terkecuali penyanyi rock lagenda iaitu Ella turut mengakui beliau pernah mengalami masalah Anxiety dan juga kemurungan.

BACA: Semakin Pulih, Penyanyi Nana Sheme Berjaya Atasi Masalah Kemurungan

Advertisement

Pertanyaan mengenai beliau pernah mengalami masalah kesihatan mental itu dimuatnaik dalam akaun Facebook miliknya baru-baru ini atas kerana ramai yang menghantar mesej secara peribadi kepada dirinya mengenai hal tersebut.

Ella amat faham kerana satu ketika dulu Ella pernah hadapi masalah yang sama (no more secret). Ella selalu rasa suram/hitam, lesu dan letih berpanjangan. Terlalu banyak tanda soal dalam kepala (ketika itu).

Atas kerana risau melihat ramai yang mengalami masalah yang sama seperti dirinya, Ella memberi cadangan untuk membuat satu halaman di Facebook dimana orang ramai boleh berkongsikan pengalaman mereka mengenai kesihatan mental masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

Penyanyi tersebut pernah juga sebelum ini meluahkan rasa bimbang kerana peningkatan kes kematian atas akibat bunuh diri telah meningkat secara mendadak semanjak Mac hingga Oktober tahun lalu.

The post “Rasa Suram Dan Letih..” – Ella Akui Pernah Alami Masalah Kemurungan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments