#Hiburan: Sumbang Susu Anak Dan Barang Dapur, Ozlynn Hulur Bantuan Pada Golongan Memerlukan

Pelakon dan juga personaliti TV, Ozlynn meluahkan rasa bimbang kepada golongan yang benar-benar terjejas di kala negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih belum diketahui bila akan berakhir.

Disebabkan oleh itu, Ozlynn dalam sebuah hantaran Instagram memaklumkan bahawa dia akan cuba membantu sedikit sebanyak barang bantuan seperti susu anak dan barang dapur kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Advertisement

Jelasnya lagi, dia ada menerima banyak mesej daripada orang ramai yang meminta bantuan kerana tidak mempunyai pendapatan harian.

“Kasihan pada yang tak ada kerja, tak adalah gaji. Banyak sektor-sektor yang tersepit. Bila bukak DM sendiri sehari beratus DM minta bantuan. Kasihan pada yang benar-benar memerlukan, nak beli susu anak, barang dapur memang aku cuba usahakan. Tapi kalau yang kena kejar Ah Long, rumah tak bayar 3 bulan..allahu, maaflah..memang tak ler teman berdaya..”

Dia dalam pada itu turut menzahirkan harapan agar situasi menyesakkan perasaan rakyat ini segera berakhir dan meminta orang ramai di luar sana agar tidak cepat putus asa dalam menghadapi dugaan hidup.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin telah mengumumkan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ke tarikh yang belum diputuskan sehingga kes harian turun ke tahap yang memuaskan.

BACA: “Biarlah Pakaian Anak Selekeh, Asalkan Bahagia..” Ozlynn Nasihat Jangan Pura-Pura Mewah Hanya Di Media Sosial

The post Sumbang Susu Anak Dan Barang Dapur, Ozlynn Hulur Bantuan Pada Golongan Memerlukan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments