Tidak dinafikan lagi, menjadi seorang selebriti sememangnya akan berhadapan dengan cabaran bukan sahaja dari segi pekerjaan malah dari sudut lainnya menguji mental atas kerana sering menjadi tumpuan netizen yang kadang kala tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh seseorang selebriti.
Baru-baru ini, sekali lagi pelakon Uqasha Senrose menjadi perhatian orang ramai apabila dia memuatnaik sebuah video di akaun Tik Tok miliknya memakai abaya dan tudung yang diterima sebagai hadiah.
Cantiknya abaya dan tudung ni, rasa macam nak pakai tudung semula. Tapi kena istiqomah dulu, kalau tak nanti kena kecam.
@uqashasenrose92? original sound – UqashaSenrose92
Melihat di ruangan komen video tersebut, dibanjiri dengan kata-kata positif dari peminat yang mendoakan agar satu hari nanti akan terbuka hati Uqasha untuk bertudung semula.
Buat masa ini, video hantaran di Tik Tok itu telah meraih lebih 50,000 tanda suka dan 1000 lebih komen dari peminat Uqasha Senrose.
The post ‘Nak Pakai Tudung Semula Tapi Kena Istiqomah Dulu Nanti Kena Kecam’ – Uqasha Senrose first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments