Penyanyi rap dan selebriti media sosial, Caprice mencuri perhatian apabila gelagatnya yang takut mengambil suntikan vaksin baru-baru ini mencuit hati peminat.
Meskipun sering tampil dengan gaya ‘gentleman’, tak siapa sangka rupa-rupanya Caprice mempunyai fobia terhadap jarum suntikan.
BACA: Hanya Beri Hujahan Beremosi, Caprice Dipuji Tenang Semasa Live Dengan Influencer Israel
View this post on Instagram
Perkara tersebut turut dikongsikan penyanyi itu menerusi sebuah hantaran di Instagramnya untuk tatapan peminat.
“Apa yang berlaku sebenarnya di balik tabir. Salute kepada frontliners atas servis dan pengorbanan..kita memang dah kena banned di banyak hospital sebab kalau nak ambil darah atau cucuk IV akan ambil masa 30 minit untuk baca Al-fatihah, zikir, countdown, tapi ni 1st time suruh rap..”
Malah, petugas kesihatan turut tampil memberi bantuan dengan menenangkan Caprice seperti berbual dan sebagainya.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai peminat meninggalkan komen yang tidak menyangka Caprice seorang yang takutkan jarum suntikan.
Penyanyi lagu Baby Sayang ini juga tampil memohon maaf dan berterima kasih kepada jururawat yang masih bersabar dengan karenahnya pada hari tersebut.
The post Fobia Jarum Rupanya, Caprice Cuak Sehingga Ditenangkan Petugas Kesihatan Ketika Divaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments