#Hiburan: “Saya Dengar Keluh-Kesah Anda, Apakan Daya Saya Juga Tak Mampu Bantu Lebih..” – Mila Jirin

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengajak rakan seperjuangan dalam perniagaan pengurusan perkahwinan agar terus tawakal dalam industri itu dan berdoa supaya mendapat kesinaran tidak lama lagi.

BACA: Hanya Berserah Pada Allah, Mila Jirin Bimbang Nasib 100 Pekerjanya

Advertisement

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Binti Jirin berkata, ramai rakan seperjuangannya di dalam industri tersebut mengeluh apabila tiada peruntukan untuk mereka semua dalam Perbentangan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini.

Jangan sedih. Tawakkallah kepada Allah. Jika Allah izinkan ia akan mudah. Jika sebaliknya jangan mengalah.

Saya mendengar keluh-kesah anda. Apakan daya saya juga tak mampu nak membantu lebih, hanya doa dan kata-kata positif dapat disalurkan agar terus memberi semangat agar terus kuat dan terus tawakal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Dalam pada masa yang sama, Mila turut berlapang dada dan sudi untuk membantu mengikut kemampuannya buat rakan industri yang terkesan dan dia juga menasihati mereka agar tidak putus asa untuk mencari alternatif lain untuk bertahan.

Mila JirinSumber : Instagram Mila Jirin  

 

Akibat dari penularan COVID-19 yang terjadi di negara sejak tahun lalu dan pelaksaan PKP dilakukan telah membuat industri pengurusan perkahwinan amat terjejas apabila majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan. Perniagaan pengurusan perkahwinan Mila iaitu Bizmilla turut mengalami kerugian ketika ini.

The post “Saya Dengar Keluh-Kesah Anda, Apakan Daya Saya Juga Tak Mampu Bantu Lebih..” – Mila Jirin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments