#Hiburan: Penat Dituduh Anti-Vaksin, Lufya Omar Kongsi Sudah Selesai Temu Janji Dos Pertama

Didakwa anti-vaksin selepas pendedahan Fara Hanim baru-baru ini, walaubagaimanapun Lufya Omar dan Rita Rudaini sudah pun membersihkan nama mereka daripada pertuduhan itu.

BACA: ‘Untuk Kembali Seperti Biasa, Memang Tidak’ – Lufya Maafkan Fara Hanim

Advertisement

Pun begitu, gelaran tersebut seperti terus melekat kepada Lufya meskipun perihal itu sudah pun dianggap selesai.

lufya omar

Disebabkan oleh itu, selebriti itu memilih untuk berkongsi layar tangkapan temu janji vaksinisasi tersebut untuk tatapan pengikutnya.

“Kita faham ada itu ‘herd immunity’ dan faham kepentingan vaksin terhadap masyarakat juga. Yang penting pilih vaksin yg terbaik dan halal. Lepas ni sudah-sudahlah nak bangkitkan tentang isu vaksin ni.”

Advertisement

Sempat berkongsi mengenai maksud ‘imuniti kelompok’, Lufya meminta orang ramai agar tidak membuang masa dengan pertuduhan tidak berasas tersebut.

“Buang tenaga lah dari membantu masyarakat yang sedang terbeban dalam keadaan sekarang ni. Buatlah sesuatu yang bermanfaat sesama manusia.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Harap redalah isu ini.

The post Penat Dituduh Anti-Vaksin, Lufya Omar Kongsi Sudah Selesai Temu Janji Dos Pertama first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments