Penyanyi rap Caprice yang kini sedang berada di Gaza, Palestin untuk kerja-kerja amal dan kemanusiaan mengakui dirinya berasa tersinggung kerana ‘disindir’ tentang cara berpakaian dan gaya rambut yang bagi pendakwah tersebut tidak sesuai.
Meskipun teguran pendakwah tersebut tidak ditujukan secara langsung buat dirinya, Caprice menganggap tindakan serta sindiran sedemikian rupa tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang ‘kuat agama’.
View this post on Instagram
“Saya terasa sikit ramai DM saya pada satu posting di mana seorang yang beragama sindir orang macam Caprice. Katanya dengan rambut dan pakaian macam saya, macam mana boleh sampai untuk membantu Palestin?”
Kata Caprice, ini bukan kali pertama dia melakukan kerja amal sedemikian rupa dan turut memohon maaf jika gaya pemakaian serta rambutnya tidak senonoh di mata pendakwah itu.
Perkara tersebut diluahkan Caprice menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, umat Islam haruslah bersatu dan bukan berpecah-belah dengan isu remeh seperti itu.
Difahamkan juga Caprice kini sedang berada di Kaherah, Mesir dan sedang dalam misi kemanusiaan sebelum memasuki Gaza dan Palestin.
BACA: “Halalkan Makan Minum Saya..” Berangkat Ke Gaza, Caprice Sertai Misi Kemanusiaan
The post “Saya Minta Maaf Pakaian Saya Tak Senonoh..” – Kena Sindir Dengan Pendakwah, Caprice Tersinggung first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments