#Hiburan: “Saya Jaga Maruah Keluarga..” – Sarah Suhairi Akui Nama Jarang ‘Panas’

Setelah lebih empat tahun berada dalam industri hiburan, nama penyanyi Sarah Suhairi jarang sekali dikaitkan dengan kontroversi ‘panas’ jika hendak dibandingkan dengan rakan selebriti yang lain.

BACA: “Bak Kata Diva AA, Why Bother?” Ziana Zain Akui Tak Perlu Cipta Kontroversi Untuk Terus Kekal Relevan

Advertisement

Penyanyi yang kini berumur 21 tahun itu akui namanya kurang ‘panas’ berikutan kerana dia amat menitik beratkan nama baik keluarga dan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kerjaya sebagai seorang penyanyi.

Sebenarnya masa saya mula-mula nak masuk dalam industri ini, ibu merupakan antara individu yang sangat menentang keputusan itu, mungkin dia risau sebab saya anak perempuan pertama dan dia tak nak saya rasa spoilt.

Kalau boleh saya tak nak kecewakan keluarga dan sebab itu saya menjaga maruah keluarga… sebab apa sahaja yang kita buat, lambat-laun ia akan terpalit pada keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi)

Dalam pada masa yang sama, dia diminta untuk mengulaskan lebih lanjut mengenai isu kontroversi yang sering melanda rakan penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up), Sarah berkata dia hanya mampu mengambilnya sebagai pengajaran sahaja.

Sarah SuhairiSumber : Instagram Sarah Suhairi  

 

Bercakap mengenai single keenamnya, Sarah berkata dia amat berbesar hati dapat menyanyikan lagu ciptaan komposer, Sharon Paul dan penulis lirik, Shah Shamsiri yang bertajuk Andaikan. 

The post “Saya Jaga Maruah Keluarga..” – Sarah Suhairi Akui Nama Jarang ‘Panas’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments