#Hiburan: Berpeluk Dan Berguling Dalam Filem Sabda Kekasih, Aeril Dan Wawa Zainal Tak Kisah Dikecam

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkata bahawa mereka berdua kini bersedia dengan segala kritikan dan kecaman daripada penonton ekoran beberapa babak intim dan mesra hasil lakonan mereka berdua dalam filem terbaru, Sabda Kekasih.

Difahamkan Aeril yang membawa watak Bukhari Muslim memeluk mesra kekasihnya, Kasih Murni yang dibawa oleh Wawa yang bertudung labuh walaupun ketika mereka masih belum bernikah.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Ujar Aeril, perkara tersebut tidak wajar dijadikan isu besar kerana mereka berdua merupakan suami isteri di dunia nyata.

“Saya tahu dalam filem Sabda Kekasih ini ada babak bersentuhan dan peluk walaupun belum berkahwin. Realitinya, kami memang suami isteri dan semua orang tahu. Hakikatnya ada segelintir orang memang begitu walaupun belum berkahwin, tetapi ia tak perlulah jadi ikutan (tidak menjaga batas)..”

Katanya lagi, jika sebelum ini dia menjaga batas seperti tidak menyentuh atau bersentuhan dengan pelakon perempuan yang lain namun kali ini ianya lebih mudah dan selesa kerana bergandingan dengan isteri sendiri.

Meskipun begitu, Aeril mengakui dia masih mengkritik lakonan Wawa memandangkan isterinya itu sudah lama tidak berlakon.

Sekadar info, filem Sabda Kekasih merupakan projek sulung pasangan suami isteri ini di mana ianya diterbitkan di bawah nama syarikat produksi mereka iaitu Respected Citizen Production Sdn. Bhd.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Antara pelakon hebat lain yang turut membintangi filem tersebut adalah Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan ramai lagi. Naskah sulung Wawa dan Aeril ini kini boleh ditonton menerusi saluran Astro First 480 mulai hari ini.

BACA: Hadiahkan Kereta Mewah Bernilai RM300,000, Aeril Zafrel Beri Kejutan Buat Wawa Zainal Sempena Hari Lahir

The post Berpeluk Dan Berguling Dalam Filem Sabda Kekasih, Aeril Dan Wawa Zainal Tak Kisah Dikecam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments