#Hiburan: Mencari Khadeja, Misha Omar Mulakan Rawatan Kesuburan, Berharap Dapat ‘Baby Girl’

Penyanyi Misha Omar memaklumkan bahawa dia kini sudah pun memulakan rawatan kesuburan dalam usaha untuk mendapatkan anak kedua setelah lima tahun menanti.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, dia juga telah mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar sakit puan yang juga kenalannya iaitu Dr Azrai Abu sebagai langkah persiapan awal.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Penyanyi lagu Tanpa Rela itu khabaranya telah melakukan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum memilih rawatan yang bersesuaian.

Dia yang dilihat sering menulis tanda pagar Menjejak Khadeja dalam Instagramnya menjelaskan perkara tersebut mempunyai maksud yang tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Ujar Misha, #MenjejakKhadeja yang diciptanya itu sebagai pembakar semangat untuk mendapatkan bayi perempuan kali ini.

“Hashtag itu saya wujudkan sebagai satu semangat buat diri saya jalani proses untuk kehamilan. Kenapa Khadeja? Sebab saya berharap dan berdoa mudah-mudahan cahaya mata yang akan Allah anugerahkan baby girl…”

Namun begitu, Misha berkata bahawa jika dikurniakan bayi lelaki pun tidak menjadi masalah dan hanya berharap serta sekadar berdoa untuk dipermudahkan perjalanan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Sekadar info, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir,15.

Misha telah mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa yang kini berusia lima tahun.

Post a Comment

0 Comments