#Hiburan: “Masih Ada Ingin Jatuhkan Dia..” – Video Tidak Senonoh Aliff Aziz Tular, Bella Astillah Beri Respon

Tak pernah lekang daripada terpalit dengan kontroversi, nama penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan ramai di laman media sosial sejak Sabtu lalu.

BACA: Tekad Buang Tatu, Aliff Aziz Nak Berhijrah, Kesal Dengan Kesilapan Lalu

Advertisement

Ini berekoran sebuah klip pendek yang tular di yang menampakkan si empunya badan berkelakuan tidak senonoh di dalam tandas.

video aliff aziz

Turut disebut sekali dek video berkenaan, Bella Astillah kemudiannya tampil memberikan respon kepada mStar mengenai video suaminya itu. Katanya, klip itu dirakam ketika Aliff masih lagi jahil hal agama.

“Video tu dah sangat lama yang sudah terjadi di masa lalu, saya tak nak tahu dan tak nak tengok pun zaman jahil dia. Waktu itu hati dia mungkin buta.”

Bella juga meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang masih cuba membuka aib Aliff meskipun lelaki itu sedang dalam fasa untuk berubah kini.

“Sekarang ini dia sedang cuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan. Tapi masih ada yang ingin menjatuhkan dia. Mungkin sebab tak senang dengan kebahagiaan dan perubahan Aliff… Wallahualam.”

Pun begitu, wanita itu menyatakan bahawa dia dan keluarga akan terus mendoakan yang terbaik buat Aliff.

“Bagi saya sekarang, perkara yang jauh lebih penting adalah saya dan keluarga akan terus mendoakan yang terbaik dan tidak akan berhenti memberikan sokongan 100 peratus kepada dia.”

Kenapalah masih ada yang sebar aib orang lain ya?

The post “Masih Ada Ingin Jatuhkan Dia..” – Video Tidak Senonoh Aliff Aziz Tular, Bella Astillah Beri Respon first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments