#Hiburan: “Pandai Dia Jaga Hati..” Dapat Hadiah Lilin Sahaja, Sikap Yusuf Iskandar Tidak Mengeluh Dipuji Netizen

Anak sulung kepada selebriti terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar mencuri perhatian netizen apabila dia menerima ‘kejutan’ yang tidak disangka sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-5 tahun pada 3 Jun yang lalu.

Yusuf atau nama sebenarnya Yusuf Iskandar Bin Hairul Azreen yang turut mempunyai pengikut media sosial hampir 2.7 juta difahamkan telah menerima hadiah ‘prank’ berupa lilin daripada kedua ibu bapanya itu.

Advertisement

Reaksi Yusuf yang seolah reda dan menerima seadanya hadiah ‘prank’ itu membuatkan ramai peminat memuji si kecil itu yang dilihat sebagai pandai mengambil hati kedua ibubapanya meskipun mendapat hadiah yang tidak seberapa.

“Satu hari dia tunggu takde kek takde belon. Daddy datang bergurau bagi lilin comel je hehe sabar k sayang kita tunggu surprise petang jap lagi..” tulis Hairul di ruangan kapsyen video tersebut.

Instagram Yusuf IskandarSumber : Instagram Yusuf Iskandar  

Namun, pada hari yang sama, Yusuf kemudian diraikan dalam sebuah majlis hari lahir yang diadakan serba sederhana namun meriah.

Selamat Hari Jadi Yusuf! Semoga menjadi anak soleh, baik dan mendengar kata ibu bapa hendaknya!

The post “Pandai Dia Jaga Hati..” Dapat Hadiah Lilin Sahaja, Sikap Yusuf Iskandar Tidak Mengeluh Dipuji Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments