Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini, ramai penggiat seni terjejas kerana tidak dibenarkan berlakon dan membuat persembahan, seumpamanya.
Berikutan oleh perkara itu, ramai selebriti mengambil alternatif lain seperti berniaga makanan dan tidak kurang juga membuat ulasan produk berbayar atau lebih dikenali sebagai ‘paid review’ di media sosial masing-masing.
View this post on Instagram
Terbaru, pelakon Zara Zya telah mencuri perhatian netizen apabila dia didakwa telah mengambil ulasan produk yang tidak sesuai untuk dipertontonkan di Instagram miliknya.
Dia yang memuat naik satu video ulasan produk barangan wanita telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan netizen.
Manakan tidaknya, aksi yang ditunjukkan pelakon dalam video tersebut agak tidak senonoh kerana memaparkan bibit-bibit intim suami isteri.
Meninjau ruangan komen, ramai pengguna media sosial telah meninggalkan pelbagai respon dan komen berkenaan hal itu.
Ada yang beranggapan pelakon drama Monalisa itu tidak patut membuat ‘paid review’ iklan sedemikian rupa memandangkan kini dia sudah bertudung.
Mungkinkah Zara Zya tersilap pandang?
The post Dilabel Tak Tahu Malu, Zara Zya Dikecam Netizen Muat Naik Ulasan Produk Tak Senonoh first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments