#Hiburan: (VIDEO) Pernah Gaduh Teruk, Zarina Anjoulie & Fatiya Latif Kini Dah Berbaik

Sebelum ini, bekas pelakon Pontianak Harum Sundal Malam, Zarina Anjoulie pernah dikatakan bergaduh dengan rakan baiknya, Fatiya Latiff. Hubungan mereka dipercayai mula renggang apabila Zarina cuba mengelak setiap kali ditanya mengenai Fatiya.

Advertisement

Terbaru, salah seorang rakan memuat naik video menunjukkan Zarina kembali bersembang mesra dengan Fatiya setelah dua tahun terputus hubungan. Menerusi video tersebut, difahamkan Fatiya mahu membantu Zarina mendalami ilmu agama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RidzOkumura Salon (@ridzokumura)

Advertisement

Assalamualaikum. Saya Ridzokumura, okay hari ni saya nak bawak korang semua jumpa dua orang budak ni. Dulu diorang gaduh kaw-kaw, sekarang dorang dah baik.

Menerusi video pendek tersebut, pendandan rambut terkenal ini menzahirkan rasa syukur akhirnya mereka sudah kembali berbaik untuk kebaikan masing-masing. Malah, Zarina dan Fatiya juga kelihatan tidak kekok berkongsi cerita di antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, peminat turut bersyukur dan mendoakan semoga persahabatan mereka ini kekal. Mana tidaknya, sebelum ini mereka dilihat sangat serasi dan sering berdua ke mana-mana. Dah macam kembar!

The post (VIDEO) Pernah Gaduh Teruk, Zarina Anjoulie & Fatiya Latif Kini Dah Berbaik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments