#Hiburan: “Takut Baca Komen Sumpah Seranah” – Elvina Mohamad Dedah ‘Diserang’ Dek Watak Antagonis Dalam ‘Takdir Yang Tertulis’

Memang trending betul drama ‘Takdir Yang Tertulis’ kini, bukan sahaja watak protagonis malah watak antagonis pun berjaya mencuri perhatian penonton.

Membawa watak Ruhila, rakan baik yang dalam diam menjadi isteri kedua, Datin Elvina Mohamad menyatakan bahawa wtaak itu ternyata meninggalkan impak yang besar selepas 7 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Advertisement

Pelakon, Datin Elvina Mohamad tidak mampu menidakkan watak antagonis, Ruhila dalam drama Takdir Yang Tertulis memberi impak cukup besar dalam kerjaya selepas lebih tujuh tahun bergelar pelakon.

elvina mohamad

Bahkan Elvina sendiri tak mampu nak baca komen sumpahan dan kata-kata nista yang diterima oleh watak lakonannya.

“Saya dikecam, malah ada yang betul-betul terbuai emosi dengan karakter jahat Ruhila sampai menyumpah dan mengharapkan mendapat balasan setimpal. Saya jadi takut, tetapi dalam erti kata lain, saya puas hati, lakonan saya menjadi. Saya harus berterima kasih kepada pengarah kerana berjaya mengeluarkan sisi berbeza dalam lakonan.”

Meskipun sudah beberapa kali membawa watak antagonis, namun karakter Ruhila ternyata menguji dirinya sebagai pelakon.

“Ruhila membawa sisi wanita yang nampak sopan, lembut dan ibarat pijak semut pun tak mati. Watak ini berselindung di sebalik wajah lembut dan muka suci. Watak ini tak perlu jadi jahat secara terang-terangan. Ada sebab Ruhila jadi begitu.”

elvina mohamad

Nampaknya penonton pastinya dah tak sabar menanti perkembangan plot bagi watak Ruhila dalam drama ini nanti kan?

The post “Takut Baca Komen Sumpah Seranah” – Elvina Mohamad Dedah ‘Diserang’ Dek Watak Antagonis Dalam ‘Takdir Yang Tertulis’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments