Selepas berjaya memberi bantuan untuk penduduk beberapa pulau di Semporna, Sabah, Ustaz Ebit Lew membawa khabar yang menduka citakan apabila dia dikatakan terpaksa berhenti memberikan bantuan di sana.
Meskipun menanam niat untuk membina sekolah kecil dan meneruskan bantuan, pendakwah itu menjelaskan dia mungkin akan didenda RM100,000 atau pun penjara selama 3 tahun sekiranya meneruskan niatnya itu.
“Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan.”
Bahkan Ustaz Ebit berkongsi bahawa dia sudah mengumpulkan 7 orang tenaga pengajar yang bersemangat untuk mendidik penduduk di situ, namun apakan daya apabila keadaan tidak mengizinkan. Pun begitu, lelaki itu tidak berkecil hati dengan pengakhiran tersebut.
“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.”
Daripada entri itu juga, Ustaz Ebit Lew mengkhabarkan bahawa dia akan beransur ke Tawau pula bagi memberikan bantuan kepada yang memerlukan di sana.
Semoga urusan Ustaz Ebit dipermudahkan.
The post “Mungkin Didenda RM100,000..” – Ustaz Ebit Lew Terpaksa Berhenti Beri Bantuan Di Semporna first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments