#Hiburan: Mawi Jawab Kritikan Pendakwah Gelar Al-Haq Yang Satu Sebagai Lagu ‘Kepala Hotak’

Kalau sebelum ni viral teguran Ustazah Asma’ Harun terhadap muzik video terbaru Ayda Jebat berjudul Parah Parah, kali ini nasib yang sama terjadi pada Mawi yang telah dikecam oleh seorang pendakwah.

Kecaman ini dikongsikan Mawi sendiri di Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Lagu Kepala Hotak’ di mana pendakwah terbabit telah mengkritik lagu Al-Haq nyanyian Mawi bersama Datuk AC Mizal.

Advertisement

Pendakwah itu dipercayai mengkritik sewaktu melakukan ceramah dan telah menggelar lagu tersebut sebagai lagu ‘Kepala Hotak’ kerana berpendapat cara meminta pengampunan dalam bentuk rap agak kurang ajar.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

Advertisement

Ini jawapan Mawi terhadap dakwaan pendakwah terbabit

Kita semua ada pendapat masing-masing. Saya tak tolak pendapat sesiapa sahaja dalam mengkritik lagu atau apa-apa sahaja. Bagi saya, kita raikan semua pendapat dan dalam masa sama sebenarnya kita boleh belajar sebab ilmu seseorang boleh dikatakan lain-lain bidang.

Orang yang pakar dalam bidang ini pendapatnya begini, manakala orang seni pendapatnya begini. Jadi kita raikan semua pendapat. Alhamdulillah lagu itu diterima ramai. Malah kami banyak dapat komen positif. Jadi saya akan teruskan berkarya buat lagu dan filem macam biasa. – Kata Mawi kepada Harian Metro.

Lagu Al-Haq itu bagaimanapun telah dikeluarkan sejak tahun 2013 lagi dan telah mendapat tontonan hampir 8 juta di Youtube.

Setiap orang ada cara berdakwahnya tersendiri asalkan ia membawa ke jalan yang benar dan tidak menyesatkan. Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

The post Mawi Jawab Kritikan Pendakwah Gelar Al-Haq Yang Satu Sebagai Lagu ‘Kepala Hotak’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments