Selepas beberapa selebriti disahkan positif COVID-19, dikhabarkan bahawa pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar turut disahkan positif virus tersebut.
Berita tersebut dikongsikan oleh Emma sendiri menerusi video pendek yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Malah suaminya turut memaklumkan hal tersebut menerusi laman media sosial yang sama.
View this post on Instagram
Pun begitu, anak mereka iaitu Shariq Gabriel yang kini berusia tiga bulan disahkan tidak dijangkiti virus tersebut.
Dalam video tersebut, Emma kelihatan menjalani ujian calitan di kediamannya sendiri. Jelasnya, walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom namun dia disahkan positif.
“Saya tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi keputusan ujian adalah positif. Walaupun rasa sihat, saya sarankan buat pemeriksaan kerana kita tidak tahu apakah dijangkiti atau tidak. Jaga diri dan patuh prosedur operasi standard (SOP).”
Muhammad Shazli juga meluahkan rasa syukur dan berkongsi mengenai kesihatannya yang semakin pulih.
“Hasil ujian menunjukkan saya positif. Bagaimanapun, Alhamdulillah, keadaan bertambah baik. Jaga keselamatan dan patuhi SOP.”
Advertisement
View this post on Instagram
Semoga pasangan ini cepat pulih dan dapat melawan virus berkenaan.
The post Tiada Simptom, Emma Maembong Dan Suami Disahkan Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments