Pelakon dan juga usahawan, Ben Ali bersama isterinya, aktres Nadiyah Shahab mendedahkan bahawa mereka hanya mengambil bayaran gaji untuk diri sendiri hanya selepas setahun menubuhkan syarikat Absolut Brands Sdn. Bhd.
Ben memberitahu bahawa dia dan isteri tidak mengambil gaji yang tinggi namun hanya sekadar cukup untuk perbelanjaan harian.
Ingin menjalani kehidupan bersederhana dan tidak berlebihan, Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan,31, berkata amalan berjimat cermat dapat dipraktikkan apabila mereka berdua mengamalkan inisiatif ini.
“Kami mula ambil gaji pun lepas setahun buat Sdn. Bhd. Sebelum itu langsung tak ambil satu sen pun gaji. Bila dah ambil gaji pula, saya cakap saya tak nak banyak. Cukup sekadar untuk buat belanja makan, pakaian dan keperluan asas. Kami sengaja praktikkan kehidupan yang sederhana dan tidak melebih-lebih, Bila sampai tengah atau hujung bulan, kami juga sesak sama seperti orang lain yang makan gaji. Jadi dengan mempraktikkan amalan begini, kami dapat berjimat cermat.”
Pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintaku ini telah berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagramnya dalam sesi ‘Ask Me Question’ bersama peminat.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia dan isteri lebih mengutamakan kebajikan pekerja dan akan memastikan gaji mereka dibayar tepat pada masanya.
Dalam memastikan perusahaan mereka berada dalam keadaan terbaik, Ben berkata dia dan para pekerja akan sentiasa memastikan aliran tunai syarikat sentiasa memuaskan untuk rekod dan status syarikat.
Sekadar info, Ben dan Nadiya kini sedang mengusahakan pelbagai jenis perniagaan iaitu Absolut Chocolat, Absolut Foof Festival dan juga Absolut Management yang berdaftar di bawah syarikat Absolut Brands Sdn. Bhd.
The post Ambil Gaji Bulanan Rendah, Ben Ali Dan Nadiya Shahab Amalkan Hidup Bersederhana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments