Penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di arena antarabangsa, Yuna difahamkan telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga tahun, semalam.
Yuna yang mendirikan rumah tangga bersama Adam Sinclair yang juga merupakan adik kepada Allahyarham Ashraf SInclair dan pelakon Aishah Sinclair itu dilihat telah memuat naik foto romantis bersama suaminya itu di ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Malah, penyanyi lagu Dan Sebenarnya itu turut menitipkan kata-kata romantis khas buat suami sempena ulang tahun perkahwinan mereka itu.
Meskipun sedang menjalani tempoh PKP di rumah, Yuna dan Adam masih melakukan majlis memperingati hari istimewa itu secara ringkas di rumah.
View this post on Instagram
“Selamat ulang tahun perkahwinan kepada teman hidup saya selamanya, setiap perkara dalam hidup saya tidak cukup sempurna sehinggalah saat kita bertemu. Awak buat saya ketawa, awak membahagiakan dunia saya, saya lah wanita yang paling bertuah!”
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis seperti Nur Fazura, Bunga Citra Lestari, Liyana Jasmay dan Hatta Dolmat tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini bahagia sehingga ke akhir hayat.
View this post on Instagram
Advertisement
Manakala di hantaran yang lain, Adam juga mendedikasikan ucapan istimewa buat isterinya itu di ruangan Instagram peribadi miliknya.
Mengimbas kembali, Yuna dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 Januari 2018 yang lalu di sebuah majlis yang cukup indah bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
The post “Saya Wanita Paling Bertuah!”- Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Yuna Titip Ucapan Istimewa Buat Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments