#Hiburan: “Nak Badan Sedang Elok Macam Model..” Haqiem Rusli Kini Amalkan Corak Pemakanan Sihat

Artis Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 , Haqiem Rusli difahamkan sedang menjalani diet selama 30 hari untuk memiliki bentuk tubuh idaman.

Haqiem RusliSumber : Instagram Haqiem Rusli  

Penyanyi lagu Mimpi ini memberitahu bahawa dia telah memulakan rejim diet selama 30 hari dengan mengamalkan corak pemakanan sihat tanpa minyak, gula dan karbohidrat.

Advertisement

Dia yang memulakan diet berkenaan sejak tiga hari lepas turut memasak sendiri makanan yang berasaskan daging ayam dan sayuran hijau dalam menu harian.

Penyanyi dan juga komposer lagu ini juga turut memuat naik jurnal sepanjang misi mendapatkan berat badan idaman untuk tatapan peminat di ruangan media sosial Twitter peribadi miliknya.

Jelasnya lagi, perubahan dalam menu makanan hariannya itu sebenarnya dilakukan untuk mendapatkan badan yang lebih sihat selain bagus untuk nyanyian dan persembahannya di pentas kelak.

“Bagi yang bertanya saya diet ke, sebenarnya bukanlah diet sangat pun, cuma lebih kepada menjaga pemakanan sahaja. Sebab saya sekarang sedang bersenam untuk dapatkan badan yang sihat. Tapi bukan yang sado besar sangat, saya tidak suka. Sedang-sedang elok seperti model.” – Haqiem Rusli

The post “Nak Badan Sedang Elok Macam Model..” Haqiem Rusli Kini Amalkan Corak Pemakanan Sihat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments