Jika sebelum ini status hubungan di antara selebriti Neelofa dan PU Riz menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat gara-gara beberapa kontroversi yang melibatkan keluarga Neelofa dan pendakwah bebas itu.
Malah, Neelofa juga didakwa tidak lagi memakai cincin risik yang diberi oleh keluarga PU Riz ketika majlis merisik diadakan tempoh hari berikutan kontoversi yang telah melanda mereka berdua.
Namun, kelmarin menerusi Instagram Story Neelofa, sebuah video pendek telah dimuat naik dan kelihatan juga cincin risik itu kembali tersarung di jari manis personaliti itu.
Ianya kelihatan jelas menerusi video yang dimuat naik untuk tujuan promosi produk pakaian terbaharu milik ibunya, Datin Nooor Kartini serta perniagaan hasil usahasama bersama PU Riz iaitu Markaz Tijari.
Meskipun tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakai itu benar-benar cincin risik yang diberikan PU Riz, peminat kedua-dua selebriti hangat ini nampaknya gembira dan turut mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka berdua.
Terdahulu, status pertunangan antara Neelofa dan PU Hariz menjadi tanya selepas dilaporkan berantakan selepas beberapa ahli keluarga usahawan tudungberjenama Naelofar itu memuat naik status berbaur sindirian difahamkan ditujukan kepada PU Riz di dalam Instagram.
Sehingga kini, kedua-duanya tidak tampil memberi sebarang komen dan penjelasan mengenai status terkini hubungan mereka.
The post Cincin Risik Tersarung Di Jari, Hubungan Neloofa Dan PU Hariz Kembali Terjalin? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments