#Hiburan: Manis Bertudung Dan Berjubah, Nadia Brian Belajar Mengaji Secara Online

Pelakon Nadia Brian yang sebelum ini terhimpit dengan pelbagai kontroversi melibatkan rumah tangganya difahamkan sedang belajar mengaji Al-Quran secara dalam talian bersama seorang ustazah.

Nadia BrianSumber : Instagram Nadia Brian  

Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi,30, dilihat telah berkongsi momen-momen ketika dia menjalani sesi pembelajaran tersebut di ruangan Instagram Story miliknya untuk tatapan peminat.

Dia yang tampil bertudung dan berjubah kelihatan manis dan turut memaklumkan bahawa dia ingin kembali mempelajari dan memperbaiki bacaan ayat Al-Quran agar lebih baik dan fasih.

Nadia BrianSumber : Instagram Nadia Brian  

“Sebenarnya saya berharap semua orang dapat doakan saya. Saya sebenarnya memang nak belajar daripada awal balik. Nak recall balik walaupun kita dah tahu ke, tak tahu ke, it’s okay untuk kita belajar balik dengan cara yang betul.”

Dalam hantaran itu, Nadia turut memohon doa peminat dan pengikut di luar sana agar sentiasa mendoakan perkara yang baik-baik untuk dirinya.

View this post on Instagram

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

Sambil merakamkan bacaan huruf-huruf jawi di komputer riba miliknya, nenek Nadia Brian turut kelihata dalam sesi pembelajaran mengaji itu. All the best diucapkan buat Nadia!

Advertisement

The post Manis Bertudung Dan Berjubah, Nadia Brian Belajar Mengaji Secara Online first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments