Kisah penceraian pelakon, Rita Rudaini dan pemain bola sepak, Aidil Zafuan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi hangat. Konflik di antara mereka semakin diperkatakan apabila Rita Rudaini membuat tuntutan nafkah anak di mahkamah beberapa tahun lalu.
Terbaru, Aidil Zafuan menerusi Instagram menafikan dakwaan dia telah mengabaikan tanggungjawab kepada dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Dakwaan ini timbul apabila Aidil dikatakan membuat pernyataan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
View this post on Instagram
Menurut Aidil, selama ini telah memberi nafkah setiap bulan tanpa gagal kepada anak-anak seperti mana yang telah ditetapkan mahkamah. Malah, dia mempunyai semua bukti pembayaran yang telah dibuat.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, dia tidak lari daripada membayar cukai setiap tahun dan dia telah menyatakan setiap tanggungan kepada pihak LHDN.
Ujar Aidil lagi, pihak sana tidak menerangkan perkara yang sebenar sehingga menimbulkan keraguan orang ramai.
Katanya, selama ini dia bertindak mendiamkan diri kerana tidak suka bercerita di media sosial. Dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, penghinaan dan cacian.
The post “Dah Cukup Saya Berdiam Diri..” – Aidil Zafuan Nafi Abai Nafkah Anak, Ada Bukti Bayaran first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments