Penyanyi rap daripada kumpulan K-Clique, MK baru-baru ini telah menarik perhatian peminat apabila dia memuat naik sebuah video yang memaparkan aksi mesranya berpelukan bersama seorang wanita di ruang Instagram.
Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, berkata video yang dimuat naik itu hanyalah sekadar usikan untuk menghiburkan peminatnya di media sosial.
Tidak mahu peminat berasa ‘frust’ barangkali, di hujung video tersebut MK telah tampil menjelaskan bahawa wanita yang dipeluk mesra itu adalah kakak kandungnya sendiri.
Menafikan video yang dihasilkannya itu adalah untuk tujuan gimik semata-mata, MK berkata jika dia berniat seperti itu, dia sama sekali tidak akan menjelaskan status wanita tersebut kepada peminat.
View this post on Instagram
“Saya tak sangka video itu akan jadi trending..saya memang masukkan aksi peluk itu untuk jadikan video itu kelihatan sedikit menarik. Video itu saya hasilkan bukan nak buat gimik ke apa, kalau saya nak buat gimik saya tidak akan beritahu yang itu kakak saya.”
Advertisement
Mengakui dirinya kini bergelar solo selepas putus cinta pada tahun lalu, MK berkata dia tidak bercadang untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana wanita buat masa sekarang.
View this post on Instagram
Dia turut memberitahu bahawa impian untuk mendirikan rumah tangga juga bukanlah keutamaannya dan fokus utama hidup MK kini hanyalah untuk memperbaiki diri sendiri agar menjadi lebih baik, membantu ahli keluarga serta untuk terus maju dalam kerjaya seninya.
Perkembangan terkini, MK kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Ciao hasil kerjasama bersama rapper terkenal Joe Flizzow dan juga penyanyi antarabangsa, Jay Park.
The post “Dia Kakak Saya!”- MK K-Clique Tampil Perjelas Isu Video Mesra Berpelukan Dengan Seorang Wanita first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments