Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow yang baru-baru ini ditemui media berkata, hidupnya kini lebih tenang dan bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan, Marini pada Jun 2020 yang lalu.
Dia juga turut meluahkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami kehidupannya sebagai seorang selebriti.
Joe dalam pada itu juga tampil menzahirkan sokongan kepada kerjaya isterinya dan berjanji akan terus menghasilkan muzik untuk halwa telinga yang berkualiti untuk para peminat di luar sana.
View this post on Instagram
“Kehidupan saya kini lebih tenang. Syukur saya dipertemukan dengan seorang isteri yang sangat-sangat memahami. Isteri dan keluarganya menerima saya dengan seadanya. Saya tahu dengan perangai yang sebegini bukan mudah untuk dia menjaga saya. Alhamdullilah, saya bahagia. Saya juga akan sentiasa menyokong kerjaya seni isteri dan saya juga akan terus menghasilkan karya-karya yang bagus. Insya-Allah.”
Sekadar info, Joe dan Marini telah menjalinkan persahabatan sejak 15 tahun yang lalu dan hanya mula menjalinkan hubungan serius sekitar tahun 2016. Mereka berdua kemudiannya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 Jun tahun lalu.
View this post on Instagram
Manakala perkembangan terkini Joe dia kini muncul dengan lagu terbaru berjudul Ciao yang turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique dan juga artis antarbangsa, Jay Park.
The post “Hidup Saya Kini Lebih Tenang Dan Teratur..” Joe Flizzow Syukur Bergelar Suami, Hargai Kehadiran Isteri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments