Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini sedang dikuatkuasakan hingga 26 Januari nanti, tapi nampaknya majlis pernikahan Harris Alif dan Intan Ladyana akan berjalan pada 6 Februari seperti yang dirancang sebelum ini.
Pun begitu, Harris berkongsi bahawa dia akan memaklumkan kepada semua sekiranya berlaku perubahan tarikh nanti.
“Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan tarikh pernikahan masih tidak berubah cuma kalau ada apa-apa perubahan saya akan maklumkan. Cuma buat masa ini saya dan Intan sedang menunggu prosedur operasi standard (SOP) baru yang akan dikeluarkan kerajaan supaya kami dapat merancang untuk persiapan perkahwinan kami yang akan diadakan di sebuah masjid di Kuala Lumpur.”
Advertisement
Disebabkan pelaksanaan PKP dan juga Pengisytiharan Darurat sehingga Ogos nanti, agak sukar buat pengacara lelaki itu untuk memberikan jawapan mengenai persiapan perkahwinannya bersama Intan.
“Sekarang ini nak jawab apa pun saya tak tahu. Kita tak boleh jangka sama ada PKP bersambung atau tidak. Berkenaan persiapan majlis pernikahan dan resepsi kami tunggu SOP baru keluar, kemudian baru fikir sama ada nak tangguh atau teruskan. Susah nak beri jawapan sekarang sebab hari ini baru hari pertama PKP.”
Apa pun, semoga segala persiapan berjalan dengan lancar buat pasangan ini.
The post Majlis Pernikahan Intan Ladyana Dan Harris Alif Berlangsung Seperti Biasa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments