#Hiburan: Terkilan Tak Dapat Ziarah Kubur Kerana COVID-19, Achey Titip Ucapan Hari Jadi Buat Allahyarham Abam Bocey

Rasanya sudah hampir setahun Allahyarham Abam Bocey pergi meninggalkan kita dan sudah pasti masih lagi terasa kehilangan buat ahli keluarga dan juga ahli kumpulan Bocey sendiri iaitu Achey dan Fad.

Kumpulan BoceySumber : Google  

Difahamkan, arwah Abam sepatutnya menyambut hari kelahiran yang ke-33 tahun pada hari Selasa lalu dan Achey dilihat telah berkongsi luahan hati terhadap sahabat perjuangannya itu.

Advertisement

Menurut Achey, dia berasa terkilan kerana tidak dapat melawat sahabat baiknya itu di pusara seperti kebiasaannya kerana situasi negara yang kini berada dalam pandemik COVID-19.

“Kalau wabak COVID-19 ini tak ada Bam, aku rasa tiap-tiap hari peminat datang jenguk ‘rumah’ kau, tapi kau rasa mereka sayang kau mesti doakan punya. Tak kiralah datang tak datang kan? ‘Rumah’ kau makin cantik Hari itu aku, Fad dan Sya (isteri Fad) dapatlah singgah sekejap sebelum PKP semula.”

Tambahnya lagi, mereka berdua (Fad dan Achey) tidak pernah melupakan kenangan mereka sebelum ini ketika terlibat dalam dunia lakonan dan hiburan.

Mengimbas kembali, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah meninggal dunia secara mengejut difahamkan akibat demam panas pada 10 Februari tahun lalu di kediamannya di Gombak, Selangor.

Allahyarham Abam telah meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al- Juffrey yang kini berusia dua tahun.

The post Terkilan Tak Dapat Ziarah Kubur Kerana COVID-19, Achey Titip Ucapan Hari Jadi Buat Allahyarham Abam Bocey first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments