Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ratnaku’, Roy dilaporkan telah dimasukkan ke wad di Hospital Banting tengah malam semalam akibat mengalami sesak nafas.
Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi difahamkan telah dijangkiti kuman di bahagian paru-paru setelah diperiksa oleh doktor yang bertugas.
Dia yang pada mulanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta namun petugas perubatan telah menyarankan Roy untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan untuk rawatan lanjut.
“Disebabkan itu, saya terus ke Hospital Banting, Saya fikir hanya sesak nafas biasa, namun hasil pemeriksaan saya dimaklumkan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Saya terus dimasukkan wad untuk rawatan lanjut..”
Bekas anggota kumpulan Lefthanded ini dalam pada itu memberitahu bahawa dia turut menjalani ujian saringan COVID-19 dan masih menunggu keputusan. Dan jika didapati positif, Roy akan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan intensif.
Menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, Roy sempat memohon doa orang ramai agar kesihatannya kembali pulih dan diberi kesembuhan yang segera.
Sekadar info, Roy pernah membuat kemunculan semula dalam industri nyanyian apabila menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ke-6 sebelum tersingkir pada konsert minggu kelapan pada tahun 2019 yang lalu.
The post “Doakan Saya Sembuh..” Roy Lefhanded Dimasukkan Ke Wad Gara-Gara Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments