#Hiburan: “Tak Logik Sebab Hanya Kelas Online..”- Nabila Huda Persoal Kewajiban Bayar Yuran Sekolah Secara Penuh

Pelakon versatil, Nabila Huda tampil menyuarakan pandangannya mengenai keperluan membayar yuran sekolah secara penuh sedangkan pelajar hanya mengikuti kelas atas talian sejak daripada tahun lalu.

Nabila Huda dan anakSumber : Instagram Nabila Huda  

Nabila Huda yang juga anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search ini berkata dirinya turut terkesan dengan sistem yang mewajibkan semua ibu bapa membayar yuran penuh malah turut menggesa orang ramai di luar sana agar berhenti membayar seperti kebiasaannya.

Advertisement

Dia dilihat telah mengutarakan pandangan tersebut di ruangan Twitter dan Instagram miliknya, untuk tatapan serta perkongsian bersama peminat.

Twitter Nabila HudaSumber : Twitter Nabila Huda  

“Kelas online tapi masih nak kena bayar penuh tak logik langsunglah. Sekolah pun tutup, bukan ada orang pakai kemudahan. Cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kita nak kena terus membayar macam ni. Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan kelas online. Memanglah orang akan cakap tak tahu belajarlah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu tak ada masalah,tapi kenapa nak kena bayar full yuran?”

Menganggap perkara tersebut sebagai tidak adil buat ibu bapa, Nabila turut meluahkan rasa gusar memikirkan keberkesanan pembelajaran dalam talian kerana tidak semua murid boleh menerima medium yang sedang dipraktikkan kini.

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Menurut Nabila lagi, dia kini berfikir-fikir untuk meletakkan anaknya, Keisya untuk bersekolah di rumah meskipun Nabila dahulu pernah membantah ibu-bapa yang mengamalkan pembelajaran dari rumah kerana merasakan anak-anak perlu belajar bergaul dan menikmati zaman persekolahan bersama rakan-rakan yang lain.

“Tapi dalam keadaan sekarang, saya dah tiada pilihan. Saya sedang mencari gutu yang boleh ajar anak saya subjek penuh!”- Nabila Huda

The post “Tak Logik Sebab Hanya Kelas Online..”- Nabila Huda Persoal Kewajiban Bayar Yuran Sekolah Secara Penuh first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments