#Hiburan: Suka Bau Ketiak Isteri, Ayda Jebat Dedah Nabil Mahir Suka Bermanja 24 Jam

Bahagia sungguh melihatkan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal Januari lalu apabila mereka berdua tidak lokek berkongsikan momen-momen istimewa di media sosial terutamanya Instagram untuk tatapan peminat.

Ayda Jebat dan NabilSumber : Instagram Ayda Jebat  

Sering memuat naik video dan foto bahagia bersama, Ayda semalam ada mengemas kini akaun Instagramnya dan turut mendedahkan perangai pelik suaminya itu iaitu Nabil Mahir.

Advertisement

Kata Ayda, Nabil suka menghidu ketiaknya di masa lapang. Wah, betul-betul pelik ni!

Jika sebelum ini penyanyi lagu Pencuri Hati itu ada memberitahu bahawa Nabil gemar mencium pipinya untuk tempoh yang lama, nampaknya perkongsiannya kali ini ternyata mencuri perhatian netizen.

Ayda Jebat dan Nabil MahirSumber : Instagram Ayda Jebat  

Ada warga maya yang beranggapan IG Story pelakon drama Pinjamkan Hatiku untuk sebagai keterlaluan untuk ditayangkan di media sosial dan bertindak untuk tampil memberi kritikan mengenai perbuatan itu.

Komen IGSumber : Twitter  

Mengimbas kembali, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada tanggal 1 Januari 2021 yang lalu setelah lapan bulan mengikat tali pertunangan.

The post Suka Bau Ketiak Isteri, Ayda Jebat Dedah Nabil Mahir Suka Bermanja 24 Jam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments