Pelakon Shima Anuar telah tampil memberi penjelasan apabila ada peminat meluahkan kegusaran untuk membeli laksam gara-gara dirinya positif COVID-19 beberapa hari yang lalu.
Menurut Shima, dia berasa terpanggil untuk memberi kenyataan kerana cakna akan kerisauan sesetengah pelanggan yang risau berikutan isu tersebut.
Jelas pelakon cantik yang kini mengusahakan perniaggan laksam itu, dia sudah menyerahkan urusan pembuatan makanan tersebut kepada kakaknya disebabkan dia bakal memulakan sebuah projek penggambaran.
View this post on Instagram
“Siapa yang beli laksam, korang jangan risau sebab saya memang tak ada kena mengena. Sebenarnya dah lama saya tak buat Laksambys, saya dah bagi dekat kakak saya untuk uruskan. Saya dah mula sibuk buat persediaan untuk penggambaran. Jadi, saya memang tak terlibat langsung.”
Menurut Shima lagi, ada juga pelanggan yang bertanya sama ada mereka kena melakukan ujian calitan (Swab Test) COVID-19 kerana dia telah disahkan positif sebelum ini. Pelakon filem Hospital ini membalas bahawa pelanggan tidak perlu melakukan ujian tersebut.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Shima turut memohon maaf jika menimbulkan kerisauan dalam kalangan pelanggan dan berharap agar penjelasan tersebut dapat memuaskan hati semua pihak di luar sana.
Terdahulu, Shima telah mengadu sesak nafas dan sakit kepala sejak hari Jumaat lalu dan dia telah segera membuat ujian calitan tersebut pada keesokan harinya sebelum disahkan positig COVID-19.
The post Pelanggan Risau Nak Makan Laksam Kerana COVID-19, Shima Anuar Tampil Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments