Tidak mahu mengambil risiko, penyanyi Ismail Izzani mendedahkan bahawa dia enggan melakukan pembedahan gara-gara masalah tonsil bengkak yang dialami sejak tahun 2018 yang lalu.
Menurut Ismail Izzani, dia bimbang mengenai suaranya yang mungkin akan berubah selepas melakukan pembedahan tersebut.
Tambahnya lagi, tonsil dalam mulut itu pernah bengkak hingga bernanah tidak lama dahulu.
View this post on Instagram
“Sehingga sekarang, saya masih berdepan dengan masalah tonsil. Sebelum ini, tekak saya jadi bengkak sampaikan bernanah menyebabkan saya tak boleh menyanyi. Saya sepatutnya kena buat pembedahan kalau saya tak jaga tapi saya cuba untuk jaga sebab tak nak buat pembedahan.”
Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri,20, memberitahu bahawa doktor ada menjelaskan bahawa kemungkinan 60 peratus suara akan berubah tapi tidak dipastikan sama ada ke arah yang lebih baik atau buruk.
Penyanyi lagu Luar Biasa itu juga berkata bahawa dia sudah biasa hidup dengan suaranya kini jadi agak sukar buat dirinya untuk menjalani prosedur berkenaan kerana tidak berani untuk mengambil risiko.
View this post on Instagram
Menurut anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam ini lagi, dia akan mengalami demam, panas dalam badan dan pening kepala apabila tonsilnya itu mula membengkak.
“Saya tak boleh makan oren atau makan makanan yang terlalu pedas. Alhamdullilah, tonsil ini datang dan pergi. Sekarang ini saya masih menjaga pemakanan.”- Ismail Izzani
Sehubungan dengan itu, Ismail kini hanya menjaga corak pemakanan dan bergantung kepada ubat-ubatan untuk mengelakkan masalah tonsil menjadi semakin teruk.
The post Tonsil Bengkak Sehingga Bernanah, Ismail Izzani Tak Mahu Ambil Risiko Jalani Pembedahan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments