#Hiburan: Akhirnya Bersatu, Dayah Bakar Dan Anak Berhijrah Ke Australia Untuk Bersama Suami Setelah Setahun Terpisah

Pengacara program sembang Borak Kopitiam, Dayah Bakar khabarnya telah selamat tiba di Australia bersama anaknya, Achbar Muhammad Fahri untuk kembali bersama suaminya, Muhammad Hanif Hamidi.

Dayah BakarSumber : Instagram Dayah Bakar  

Dia yang baru saja selesai menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari usai saja tiba di Australia kelihatan gembira apabila bertemu suaminya yang terpisah selama hampir setahun itu.

Advertisement

Hidayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar terpaksa berjauhan selama tempoh yang panjang  itu kerana komitmen kerja Hanif yang terpaksa bertugas di luar negara.

View this post on Instagram

A post shared by dayahlova_my (@dayahlova)

Momen indah dan menyentuh hati itu telah dimuat naik menerusi akaun Instagram peminat Dayah, iaitu @dayahlova.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram itu, kelihatan Dayah berbaju biru tersenyum gembira apabila dapat bertemu suaminya sambil dipeluk mesra.

View this post on Instagram

A post shared by dayahlova_my (@dayahlova)

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat gembira melihatkan keluarga kecil itu kembali bersatu. Difahamkan juga Dayah akan menetap bersama Hanif di Australia untuk tempoh setahun.

The post Akhirnya Bersatu, Dayah Bakar Dan Anak Berhijrah Ke Australia Untuk Bersama Suami Setelah Setahun Terpisah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments