#Hiburan: “Kami Akan Tetap Kuarantin..”-Susulan Aeril Zafrel Positif COVID-19, Wawa Zainal Dan Anak-Anak Tidak Berjangkit

Susulan daripada berita di mana pelakon Aeril Zafrel yang dilaporkan positif COVID-19 baru-baru ini, isterinya yang juga pelakon dan usahawan kosmetik, Wawa Zainal memaklumkan bahawa dia dan tiga orang anaknya kini disahkan negatif wabak pandemik itu.

Aeril Zafril dan Wawa ZainalSumber : Instagram Aeril Zafril  

Pelakon wanita itu dilihat telah berkongsikan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagramnnya untuk perhatian peminat.

Advertisement

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin,30, memberitahu bahawa dia dan anaknya akan tetap menjalani kuarantin kendiri meskipun disahkan negatif dan turut meluahkan rasa syukur di atas hasil laporan pemeriksaan ujian saringan itu.

“Alhamdullilah Ya Allah, terima kasih semua. Asbab doa-doa kalian Wawa dan keluarga lain negatif COVID-19, tapi kami sekeluarga akan tetap kuarantin. Allah Maha Besar, syukur doakan kesembuhan Aeril Zafrel ya..”

Terdahulu, Aeril memaklumkan bahawa dia telah disahkan positif selepas mengunjungi pengurusnya yang pada ketika itu mengalami gejala demam. Susulan daripada itu, seluruh ahli keluarga pelakon itu segera menjalani ujian saringan COVID-19.

View this post on Instagram

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Dia yang kini menjalani kuarantin kendiri di rumah turut mengemas kini keadaan terkininya menerusi Instagram untuk tatapan peminat.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat Aeril Zafrel!

The post “Kami Akan Tetap Kuarantin..”-Susulan Aeril Zafrel Positif COVID-19, Wawa Zainal Dan Anak-Anak Tidak Berjangkit first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments