Selepas beberapa bulan reda isu pergolakan rumah tangga personaliti Shuk Sahar, ianya kembali menjadi sebutan ramai dek isterinya yang meluahkan kecurangan lelaki itu bersama seorang wanita bersama Fara Salleh.
Menerusi entri di Instagram miliknya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah membongkarkan segala rahsia yang terpendam dalam hatinya.
“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami. Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang.”
Malah wanita itu yang mengikuti naluri hatinya telah menerjah rumah wanita tersebut namun pulang dengan hampa. Dia hanya disapa dengan lemparan kasut yang dipercayai milik Shuk.
“Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku. Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni.”
Meskipun Instagram Rossalennah kini sudah ditukar kepada mod privasi, namun beberapa warganet telah berkongsi rakaman video di mana isteri Shuk itu berdiri di hadapan pintu rumah Fara Salleh.
shuk takdak tapi kasut ada la wkwkw ? shuk ni the real definition of bukan babi biasa #shukhotfm pic.twitter.com/LeamzuV1E8
Advertisement— Nairobi (@Hafifahx) January 22, 2021
Luah wanita itu lagi, dia berasa sangat lelah kerana perlu menghadapi dugaan perkahwinan ini. Sementara orang lain nyenyak tidur, dia perlu berkeliaran mencari di mana hilang suaminya yang sering meninggalkan dia dan anaknya.
“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana”
Bukan itu sahaja, Rossalennah turut mendedahkan bahawa dia sering menerima mesej dengan kata-kata makian oleh Fara Salleh.
Pernah dikaitkan dengan wanita yang sama sekitar Julai lalu, warganet yang membaca luahan hati Rossalennah nyata bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu dan berharap dia bersabar dalam menghadapi dugaan ini.
The post “Selama Ini Aku Diam Demi Jaga Aib Suami” – Isteri Dedah Shuk Sahar Curang Lagi? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments