Penceramah bebas dan ustaz selebriti, Ebit Lew sudah pasti dikenali dengan sumbangan serta bantuannya daripada pihaknya yang tidak putus-putus sepanjang negara mengalami pandemik COVID-19 ini.
Terbaru, Ebit Lew dilaporkan turut membantu masyarakat bukan islam di Gereja St Dominit yang terletak di Lahad Datu, Sabah.
Tampil menghulurkan bantuan seperti pelitup muka, kerusi roda dan lebih kurang 100 pek makanan, Ebit Lew telah disambut mesra oleh wakil pihak gereja iaitu Father Simon.
Dia dilihat telah berkongsikan mengenai perkara itu menerusi akaun rasmi Facebook miliknya untuk tatapan pengikut media sosial di luar sana.
Tadi ziarah kasih sayang ke Gereja St Dominit Katolik Lahad Datu. Berjumpa dengan Father Simon. Baik dan lemah lembut…
Posted by Ebit Lew on Thursday, 28 January 2021
“Tadi ziarah kasih sayang ke Gereja St Dominit Katolik Lahad Datu. Berjumpa dengan Father Simon. Baik dan lemah lembut orangnya. Beri hadiah 100 set makanan, 10 kerusi roda dan facemask. Berbual betapa pentingnya kasih sayang dan berkongsi kebaikan. Walau berlainan agama kita sebuah keluarga.”
Terdahulu, pendakwah terkenal itu bersama rakan-rakan seperjuangan telah memulakan perjalanan ke daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan juga Semporna selama 10 hari dalam misi menghulurkan bantuan serta lawatan kasih sayang untuk penduduk di negeri di bawah bayu itu.
The post Tak Kira Bangsa Dan Agama, Ebit Lew Tampil Hulur Bantuan Untuk Gereja Katolik Di Lahad Datu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments