Mungkin disebabkan oleh pengaruh besar Neelofa dalam industri tanah air, ahli keluarganya yang lain juga secara tak langsung turut berada di dalam ‘spotlight’ dan mendapat perhatian daripada orang ramai.
Sentiasa aktif di laman media sosial, adik-beradik Neelofa yang lain sentiasa memuat naik pelbagai kandungan bagi menampilkan kehidupan mereka sekeluarga untuk tatapan ramai.
Terbaru, Atisha Khan telah memuat naik satu video di mana gadis itu menjawab soalan yang diajukan oleh pengikutnya di Instagram. Salah satu soalan yang menarik perhatian ramai ialah,
“Apakah perasaan awak apabila ramai menggelarkan keluarga awak sebagai ‘Kardashian Kelantan’?”
Meskipun nampak teragak-agak untuk menjawab soalan cepumas tersebut pada awalnya, namun Atisha memberikan jawapan yang jujur buat peminatnya.
“Saya tak tahu, saya tak peduli sebenarnya. Sebabnya saya tak rasa sesiapa cuba menjadi seperti orang lain pun.”
Advertisement
Jelas gadis itu, dia memahami daripada mana gelaran itu tercipta, mungkin kerana jumlah ahli keluarganya yang ramai dan mungkin juga kerana pelbagai ‘drama’ yang berlaku dalam keluarga mereka.
Atisha menambah dan mengatakan bahawa kalau bukan keluarganya yang menerima gelaran tersebut, mungkin juga akan ada orang lain di Malaysia yang mendapatnya.
“Saya tak pasti. Kalau bukan kami pun, sesiapa sahaja boleh diberi gelaran tersebut. Tapi kali ini, kami yang kena.”
Gadis itu juga menjelaskan bahawa dia kini sedang belajar cara untuk tidak mengendahkan kata-kata sedemikian dan ianya ternyata susah memandangkan dia merupakan seorang yang susah untuk menepisnya.
Bahkan, dia merasakan sekiranya dia memberikan perhatian dengan gelaran tersebut, dia hanya akan terbaring di atas katil dan terus memikirkannya.
Susah betul bila kehidupan dapat perhatian ramai kan?
The post “Mungkin Kerana Banyak ‘Drama’..” – Adik Neelofa Tak Ambil Peduli Keluarga Digelar ‘Kardashian Kelantan’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments