#Hiburan: Shuk Sahar Digantung Tugas Dari Hot FM, Ini Pesanan ‘Pedas’ Netizen

Kemelut rumah tangga yang menimpa penyampai radio dan pelawak, Shuk Sahar kembali diperkatakan apabila isterinya sendiri membuat pendedahan berani di Instagram.

BACA : “Semalam Kau Kata Nak Call JAIS, Silakan Call” – Kenyataan Fara Kepada Isteri Shuk

Advertisement

Isteri, Rossalennah Natassyiah Asshafera mendakwa suaminya kembali menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang pernah dikaitkannya dahulu.

Terbaru, Sinar Harian melaporkan Shuk Sahar kini digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial. Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.”

Di Facebook, rata-rata daripada netizen berpuas hati dengan tindakan yang diambil pihak pengurusan stesen radio.

Konflik rumah tangga yang tercetus ini secara tidak langsung memberi impak yang buruk kepada imej pelawak itu sendiri.

Macam-macam betul kan yang jadi lepas pendedahan isu ini?

 

The post Shuk Sahar Digantung Tugas Dari Hot FM, Ini Pesanan ‘Pedas’ Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments