Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal dan berang apabila dia diberitahu bahawa wujud akaun palsu yang menggunakan namanya untuk tujuan menipu orang ramai.
Siti dilihat telah memuat naik sebuah hantaran di Instagramnnya bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan ‘scammer’ yang mengguna pakai namanya untuk tujuan yang tidak baik. Dia dalam pada itu turut memberi amaran kepada pihak terbabit agar memadam akaun tersebut dengan segera.
Penyanyi popular Malaysia itu turut menyeru orang ramai di luar sana agar membuat laporan atau ‘report’ terhadap akaun palsu berkenaan di Facebook.
View this post on Instagram
“Akaun ini cuba scam orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut. Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpedaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu @ctdk, tidak ada akaun lain. Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menipu dan memperdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita report akaun ini beramai-ramai.”
Siti yang meluahkan rasa kecewanya itu menganggap perbuatan individu tersebut sebagai satu fitnah ke atas dirinya dan boleh menjejaskan reputasi dirinya sebagai penyanyi dan juga usahawan terkemuka.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan tindakan yang bakal diambil penyanyi yang sedang hamil anak kedua ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.
The post Guna Nama Untuk Tujuan ‘Scam’, Siti Nurhaliza Beri Amaran Kepada Individu Agar Padam Akaun Palsu Dengan Segera first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments