#Hiburan: Bapa M.Nasir Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun Di Singapura

Penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M.Nasir telah memaklumkan dia mendapat berita pemergian bapa tercinta pada jam 7.30 pagi tadi.

Bapanya, Mohamed Sam meninggal dunia pada usia 96 tahun di Singapura akibat sakit tua dan membuatkan M.Nasir terkilan kerana tidak dapat pulang untuk berikan penghormatan terakhir kepada bapanya.

Advertisement

Menurut isteri M.Nasir, Datin Marlia Musa mereka sekeluarga hanya mampu reda dan berdoa dari jauh untuk Allayarham bapa berikutan pandemik yang sedang melanda negara.

Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan akibat COVID-19. Abang (M. Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan.

Sepanjang setahun ini, kami hanya berbual, bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan rindu. – Katanya.

 

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Marlia Musa (@cik_mmusa)

Di Singapura adik-beradik M.Nasir seramai lapan orang akan menguruskan jenazah. Salam takziah dari kami di Beautifulnara buat M.Nasir sekeluarga.

The post Bapa M.Nasir Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun Di Singapura first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments