#Hiburan: Tak Mahu ‘Kacau’ Frontliner, Emma Maembong Kuarantin Di Rumah Sahaja Berikutan Tiada Gejala

Sebelum ini, pelakon Emma Maembong dan suami telah disahkan positif COVID-19 dan khabarnya sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Emma Maembong dan suamiSumber : Instagram Emma Maembong  

Berikutan itu, dia telah menerima banyak pertanyaan tentang bagaimanakan dia dijangkiti wabak tersebut dan sebagainya oleh peminat menerusi akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Jelas Emma, dia sebenarnya tidak tahu bagaimana dia mendapat penyakit itu dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian calitan (swab test) selepas mengalami gejala seperti sakit badan sebelum mendapat keputusan positif.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail turut memberitahu bahawa dia dan suami tidak dimasukkan ke hospital sebaliknya hanya menjalani kuarantin di rumah sahaja berikutan tiada gejala serius.

Insta Story Emma MaembongSumber : Instagram Emma Maembong  

“Ada juga yang pertikaikan kenapa saya tak admit di hospital. Sekarang ni memang positif tapi saya tak ada simptom, tak ada demam, sakit tekak dan boleh bernafas seperti biasa. Jadi kalau tak ada simptom tu, kita boleh bergerak sendiri dan ambil ubat sendiri.Kita alu-alukan hospital itu untuk orang yang betul-betul memerlukan. Kalau setakat sakit kepala, demam satu hari, manja-manja..jangan kacau frontliner kita nak bantu orang yang lebih perlu.”

Dalam pada itu, Emma turut berkongsi keadaannya kini yang kehilangan deria rasa dan bau selain  daripada mengalami sakit-sakit badan. Difahamkan juga Emma dan suami, Muhammad Shazli Azhar telah menjalani kuarantin kendiri sejak 10 hari yang lalu.

Turut bertanyakan mengenai keberadaan anak sulungnya, Shariq Gabriel yang kini berusia tiga bulan, Emma memberitahu permata hatinya itu kini dijaga oleh dua orang kakaknya iaitu Coddy Maembong dan Beby Maembong.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat Emma Maembong dan suami!

The post Tak Mahu ‘Kacau’ Frontliner, Emma Maembong Kuarantin Di Rumah Sahaja Berikutan Tiada Gejala first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments