Pelakon cantik yang kini bergelar usahawan kosmetik, Wawa Zainal sering saja menarik perhatian peminat di luar sana dengan gelagat lucu bersama suaminya, pelakon Aeril Zafril. Dia yang kini bahagia bersama kehadiran tiga cahaya mata comel baru-baru ini berkongsikan pengalaman menghadapi awal perkahwinan sehinggalah mengecapi kejayaan yang diperolehnya kini.
Menurut Wawa, dia yang memilih untuk bernikah di usia muda bersama Aeril turut tidak terlepas daripada menerima kritikan serta kutukan daripada individu yang merasakan bahawa hubungan yang dibina tidak akan kekal lama dan sebagainya.
Namun, Wawa yang kini boleh dikatakan berjaya dalam perusahaan yang diusahakan bersama suaminya itu mengakui apa yang dikecapinya kini bukan mudah dan sukar untuk dikecapi.
Jelasnya, dia pernah dipandang rendah kerana berkahwin di usia muda namun menganggap kata-kata yang dilemparkan itu sebagai pembakar semangatnya untuk terus berjaya.
Dia dilihat telah berkongsikan perkara tersebut di laman sosial Instagramnnya untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
“Pernah tak orang pandang rendah pada korang? Wawa juga pernah, tapi kata-kata mereka tu kita jadikan semangat untuk kita berusaha lebih lagi, jangan pernah down tau. Ketika kita dah capai apa yang kita impikan dan ketika kita sudah punya segalanya, janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain.”
Berikutan dengan kejayaan yang dikecapinya kini, dia mahu terus membantu insan-insan di luar sana untuk terus berjaya melalui perniagaannya, Wawa Cosmetics.
View this post on Instagram
Sekadar info, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 yang lalu dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,5, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.
The post Buktikan Kahwin Muda Pun Boleh Berjaya, Wawa Zainal ‘Pekakkan’ Telinga Dengar Kutukan Orang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments