#Hiburan: Penghayatan Tak Sampai, Peminat Drama Kata Lakonan Andi Bernadee Umpama ‘Kayu’

Penyanyi Andi Bernadee yang kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan nampaknya semakin ‘mendunia’ apabila dia muncul dalam lakonan drama berjudul Melastik Ke Hatimu yang juga bergandingan bersama pelakon hebat, Janna Nick.

Andi BernadeeSumber : Instagram Andi Bernadee  

Memegang watak utama dalam drama tersebut pastinya bukan mudah bagi pelakon baru sepertinya apabila ada suara-suara yang tidak enak mula bertebaran mengenai mutu lakonan penyanyi lagu Penat itu.

Advertisement

Menurut netizen, Andi tidak layak membawa watak utama dalam drama tersebut kerana lakonannya dalam naskah tersebut seperti agak kaku dan ‘kayu’. Malah ada juga yang tampil memberi pendapat bahawa ada ramai lagi pelakon lain yang lebih layak membawa peranan tersebut.

Meskipun begitu, ada juga peminat Andi tampil mempertahankan penyanyi itu dan beranggapan bahawa ini merupakan pengalaman baru buatnya untuk menjadi seorang pelakon yang hebat sebaris dengan bintang-bintang popular lain.

View this post on Instagram

A post shared by #KaisPagiKaisPetang (@andibernadee)

Belajar dari pengalaman, ada benarnya yang diperkatakan netizen apabila seseorang perlu bermula daripada bawah sebelum bersinar di kemudian hari. Pengalaman yang dikutip pastinya berbaloi untuk dijadikan contoh kelak.Apa-apa pun, all the best diucapkan buat Andi Bernadee!

The post Penghayatan Tak Sampai, Peminat Drama Kata Lakonan Andi Bernadee Umpama ‘Kayu’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments