Merupakan antara pelakon ‘lejen’ di Malaysia, rasanya tiada siapa yang tak pernah dengar nama Rosyam Nor. Lebih aktif sebagai penerbit kini, lelaki ini membuktikan bahawa dia juga merupakan seorang yang rapat dan sering menjaga kebajikan kakitangan di syarikatnya.
Baru-baru ini, Rosyam Nor ataupun lebih mesra dengan panggilan Tok Syam telah berkongsi sebuah video panjang di mana dia dilihat bersama-sama stafnya untuk mengaji al-Quran.
Meskipun majlis agama ini sering dikendalikan oleh seorang Ustaz namun Tok Syam mengambil inisiatif untuk menjadi guru untuk hari istimewa tersebut.
“Korang ada 24 jam, 10 minit pun tak boleh spend untuk ngaji? Tok Syam mengamuk gara-gara staf tak mengaji…”
Di dalam video tersebut, hero Malaya itu bukan sahaja dilihat membetulkan bacaan para stafnya malah dia turut menyelitkan beberapa nasihat yang boleh dijadikan pedoman oleh semua.
“Alah bisa tegal biasa. Kalau dah selalu buat, InshaAllah lama-lama akan dipermudahkan oleh Allah. Tak apa, kita semua sama, tak sempurna. Semoga istiqamah.”
Apa pun, Rosyam Nor menegaskan ia bukanlah untuk mengaibkan sesiapa kerana kita semua masih lagi boleh belajar mengaji bersama.
Seronoknya ada bos yang sentiasa mengingatkan kita seperti ini kan?
The post “Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Guna Untuk Ngaji?” – Klip Rosyam Nor Ajar Staf Mengaji Tarik Perhatian Ramai first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments