#Hiburan: ‘Terima Kasih Yas’ – Zarina Anjoulie Sah Bercerai?

Julai tahun lalu, pelakon yang penuh kontroversi, Zarina Anjoulie akhirnya telah menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya, Eilyas Azhar atau lebih mesra dipanggil Yas.

BACA: [FOTO] Sekitar Majlis Persandingan Aktres Zarina Anjoulie Dan Pasangan Di Kampung, Meriah Betul!

Advertisement

Berita perkahwinan mereka ini mula tersebar selepas pelakon tersebut memuat naik beberapa keping gambar dan video ketika majlis akad nikah yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun, menerusi posting terbaru di Instagram, Zarina Anjoulie memaklumkan dia sudah bercerai dengan suaminya selepas kira-kira enam bulan berkahwin. Biar betul?

Perkongsian ini pastinya mengejutkan ramai kerana Anju dan suaminya dilihat sangat bahagia dan sering berdua ke mana-mana. Malah, tempoh perkahwinan mereka juga belum sampai usia setahun.

Apa-apa pun, didoakan semoga urusan pelakon ini dipermudahkan. Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan?

 

The post ‘Terima Kasih Yas’ – Zarina Anjoulie Sah Bercerai? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments