Pelakon Edika Yusof baru-baru ini telah menyambung ulang tahun perkahwinannya bersama isteri tercinta, Nor Hidayah Yusri untuk kali ke 18 tahun.
Menyambutnya secara ringkas dan bermakna, pasangan romantis ini meraikannya secara sederhana, cukup dengan hanya sebiji kek.
Edika berkongsikan momen indah itu menerusi laman Instagramnnya untuk tatapan peminat.
Menganggap dirinya suami yang sangat bertuah kerana memiliki wanita hebat seperti Hidayah sebagai isterinya, Edika menitipkan ucapan romantis sempena hari bermakna itu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam video pendek itu, kelihatan isteri pelakon yang popular sekitar tahun 90-an itu tersenyum bahagia bersama suami tersayang di sisi.
Sebelum ini, isteri Edika yang difahamkan lumpuh sejak 16 tahun yang lalu telah dijaga pelakon tersebut sejak Hidayah jatuh sakit dipercayai berpunca daripada penyakit meningitis. Edika yang popular menerusi filem Maria Mariana ini juga telah mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni demi menjaga isterinya yang sakit sebelum kembali aktif baru-baru ini.
The post Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-18, Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Tercinta first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments