#Hiburan: Lapor Polis Kerana Diugut Ramai, Wanita Akui Sudah Tidak Jalinkan Hubungan Dengan Shuk

Sudah beebrapa hari, industri hiburan tanah air kecoh dengan pendedahan isteri Shuk Sahar yang mengatakan bahawa lelaki itu kembali curang dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Susulan insiden itu, maklumat peribadi seperti alamat dan juga nombor telefonnya turut tersebar ke serata pelosok media sosial sehingga membuatkan ramai yang mengambil kesempatan untuk meninggalkan mesej kritikan buat wanita tersebut.

Advertisement

BACA: Simpati Dengan Kemelut Rumah Tangga Shuk, Netizen Kecam & Maki Fara Melalui Whatsapp

Berasa takut dengan pelbagai ugutan yang diterima daripada individu yang tidak dikenali, Fara Salleh telah pun membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan dirinya terjamin.

Instagram Fara

Semasa ditemubual oleh mStar Online, wanita berusia 28 tahun itu meluahkan rasa kesal apabila Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah menyebarkan maklumat mengenai dirinya ke pengetahuan rami.

“Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang ugut nak bunuh… sebab tu saya
terpaksa buat laporan polis. Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial.”

Advertisement

Fara juga menegaskan bahawa dia tidak menyembunyikan personaliti tersebut semasa isterinya datang hadir ke rumahnya pada malam berkenaan. Tujuan dia menghalang wanita itu daripada memasuki kediamannya adalah atas faktor keselamatan.

“Saya diserang dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan Agama Islam Selangor dan polis… biar pihak
berkuasa yang periksa rumah saya.”

fara sallehSumber : mStar Online  

Apabila disoal sekiranya dia masih mempunyai hubungan dengan Shuk seperti yang didakwa isteri lelaki itu, Fara mengakui bahawa semuanya sudah berakhir antara mereka.

“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!”

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

The post Lapor Polis Kerana Diugut Ramai, Wanita Akui Sudah Tidak Jalinkan Hubungan Dengan Shuk first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments