Penyanyi senior, Noryn Aziz yang kembali memegang status seorang isteri pada Oktober tahun lalu berkata buat masa sekarang dia tidak terlalu memikirkan soal zuriat untuk perkahwinannya kali ini.
Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz,45, memberitahu bahawa dia dan suami mahu meletakkan fokus utama untuk membesarkan anak-anak daripada perkahwinan mereka yang terdahulu.
Namun begitu, dia dan suami hanya merancang dan meletakkan segala rezeki berkenaan soal zuriat kepada Allah S.W.T.
View this post on Instagram
“Saya dah ada seorang anak lelaki, Umar dan suami pun ada seorang anak perempuan yang berusia 20 tahun.. jadi kami dah ada sepasang anak. Kalau boleh di usia begini, kami nak menjalani kehidupan yang lebih tenang dan fokus membesarkan anak-anak yang ada. Tapi, kita hanya merancang, rezeki Allah kita tak tahu kan.”
Juara program Gegar Vaganza musim ke-5 itu sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman,49, tanggal 13 Oktober 2020 yang lalu.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami selok belok kehidupannya sebagai seorang anak seni yang telah diceburinya sejak 25 tahun yang lalu.
Sekadar info, Noryn Aziz pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad iaitu bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum berpisah pada tahun 2018. Hasil perkahwinan mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia tujuh tahun.
The post Kembali Berumah Tangga, Noryn Aziz Tak Fikir Soal Anak Di Kala Umur Cecah 45 Tahun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments