#Hiburan: Masuk Wad Kerana Jangkitan Pada Paru-Paru, Roy Disahkan Positif COVID-19

Selepas dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru beberapa hari lepas, penyanyi Roy kini disahkan dirinya positif COVID-19 kelmarin.

BACA: “Doakan Saya Sembuh..” Roy Lefthanded Dimasukkan Ke Wad Gara-Gara Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Advertisement

Penyanyi popular itu dikhabarkan sedang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

“Saya terima berita ini dengan tenang kerana memang sudah dijangka. Saya kini mengalami sesak nafas, batuk kuat dan kekurangan oksigen.”

Katanya lagi, doktor menyatkan bahawa keadaannya kini kritikal namun ianya masih boleh lagi dikawal.

roySumber : Berita Harian  

Bagi keluarganya pula, mereka sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah buat masa ini.

“Setakat ini, keluarga saya okay, tetapi mereka perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah. Tiada siapa yang mahu dijangkiti virus ini, namun saya reda dengan apa yang berlaku.”

Walaupun berada dalam keadaan lemah, dia mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

The post Masuk Wad Kerana Jangkitan Pada Paru-Paru, Roy Disahkan Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments